Oh ya kita lanjut lagi ya,berikut ini saya rilis lagi kisah teladan loh seorang Mujahid dalam Islam yang sangat terkenal dalam membebaskan Palestina melawan pasukan kuffar...... silahkan dibaca dengan baik - baik ya, mudah-mudahan dapat kita teladani sepak terjangnya dalam mempertahankan Islam, amien.
Setelah
beberapa waktu lalu Ane posting artikel tentang Khalid Bin Walid,seorang
pejuang Islam yang tangguh. Kini Ane mw posting lagi kisah seorang Pahlawan
Islam,Seorang Ulama juga Seorang Panglima perang yang gagah
Berani,Tangguh,Bijaksana,Zuhud dan Taat. Beliau adalah sosok yang didambahkan
para pejuang Muslim. Beliau telah menghancurkan Tentara Perang Salib yang
sadis. Beliau sangat dikagumi para Pemimpin Perang Salib yang notabene Raja-Raja
Eropa. Artikel ini Ane dapat dari berbagai sumber yang valid....langsung aja ya
Sob ke TKP,...let's cek it out.....
Pada masa pemerintahan
Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat dikuasai oleh
kaum muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Sayidina Umar sendiri
datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan
persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad abad lamanya kota
itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan
melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang
Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota
Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya.
Berabad abad lamanya kota
itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan
melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian
dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu
dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang
mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan
pedang seperti tentara. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan
dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan
bersenjata lengkap.
Sebelum Jerussalem ditadbir
Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam,
kerana dasar toleransi agama. Setelah Kerajaan Seljuk memerintah, upacara
seperti itu dilarang dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut
semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian
dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa
pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji
yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang
orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Sebelum Jerussalem ditadbir
Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat
Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk
memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.
Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi
kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan
pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin
pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron
dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Pemimpin-pemimpin agama mereka menganggap bahwa kebebasan agamanya diganggu oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam. Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang membangkitkan kemarahan umat Kristian. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor keledai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan
Paus Urbanus II mengumumkan
ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci
itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan
sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan
memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang
ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah
perang ini disebut Perang Salib.
Paus Urbanus menetapkan
tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi
kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan
dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi
Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat
dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman
seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya
300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan
merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang
dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.
Akan tetapi sesampainya di
Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang
sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk
di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama
Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran
sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu
hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan
sang Rahib.
Ketika pasukan Salib itu
telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh
Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah
pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan
hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.
Setelah kaum itu musnah
sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey
dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse.
Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 laskar, kemudian
menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan
kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah
pimpinan Sultan Kalij Arselan.
Satu persatu kota dan
Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan
berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan
taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara
Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari
wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman
masing-masing.
Setelah berlaku pertempuran
sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk
kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang
dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada
15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah
cita-cita mereka. Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi
dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk
awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka
juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan
bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau
itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang
terdiri dari berbagai agama dan bangsa.
Seorang ahli sejarah
Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian
tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah.
Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa
orang mencoba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari
benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari
perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat
menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.
Tentera Salib yang menjadi
tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama
beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai
penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di
antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar
hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak
tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri
dengan sia-sia.
Raymond d’Agiles, yang
menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah
serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan
mencapai tali kekang kuda.”
Michaud berkata: “Semua
yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah
diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam
itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar
hidup -hidup , diheret dari tempat peersembunyian bawah tanah,
diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.
Air mata wanita, tangisan
kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun
kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh
orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu.
Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan
bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.”
Gustav Le Bon telah
mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum
Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk
kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu
mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang
terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang
tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang.
Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan,
kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.
Ahli sejarah Kristian yang
lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh
diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke
tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak
gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan,
bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh
mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak
ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan
melihat peristiwa mengerikan itu.”
Jatuhnya kota Suci Baitul
Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak
menyangka kota Suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh
terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah
belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar
mengambil berat dalam perkara ini.
Usaha mereka berhasil.
Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik
kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau
tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir
Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.
Setelah hampir empat puluh
tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke
dunia. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya,
Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang
memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin. Sholahuddin Yusuf bin Najmuddin
Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat
pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Sholahuddin terlahir dari keluarga Kurdish
di kota Tikrit (140km barat laut kota Baghdad) dekat sungai Tigris pada tahun
1137M. Masa kecilnya selama sepuluh tahun dihabiskan belajar di Damaskus di
lingkungan anggota dinasti Zangid yang memerintah Syria, yaitu Nuruddin Zangi.
Selain belajar Islam,
Sholahuddin pun mendapat pelajaran kemiliteran dari pamannya Asaddin Shirkuh,
seorang panglima perang Turki Seljuk. Kekhalifahan. Bersama dengan pamannya
Sholahuddin menguasai Mesir, dan mendeposisikan sultan terakhir dari
kekhalifahan Fatimiah (turunan dari Fatimah Az-Zahra, putri Nabi Muhammad SAW).
Pada tahun 549 H/1154 M,
panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik.
Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang.
Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi
yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir
yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah.Usahanya
berhasil. Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir Adhid Lidinillah dipaksa oleh
Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, Wazir besar
Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan
rakyat.
Dengan senyap-senyap dia
pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan Salib untuk menghalau
Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King
Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran
antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan
Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima
Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.
Kerjasama Wazir besar
Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki
dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera
yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin
Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru
menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan
pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan
berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir
dengan aib sekali.
Panglima Shirkuh dan
Shalahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan
Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja,
dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah
terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua.
Suatu hari panglima
Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir,
ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera
menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh.
Khalifah Al-Adhid melantik
panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru
itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan
secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi
diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang
sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk
bandar perdagangan Iskandariah.
Wazir Besar Syirkuh tidak
lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah
Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar
menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan
Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin
tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya.
Nuruddin Zanki berulang
kali mendesak Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri
kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat
Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru,
beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut
betul-betul lumpuh.
Barulah pada tahun 567
H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan
diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada
khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi
dari Daulat Abbasiah.
Ketika pengumuman peralihan
kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak
mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar
bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas
pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan
sebelumnya, yakni sebagai Khalifah.
Dengan demikian berakhirlah
kekuasaan Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun.
Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di
seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir
Besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan
kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah
Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir
Nuruddin Zanki.
Mereka sangat berterima
kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan
kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan
itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti
Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat
pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.
Walaupun sangat pintar dan
bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Shalahuddin berhati lembut,
tidak mahu menipu atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia
pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana
apa yang dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau
tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu
padukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para
pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang
lagi.
Di Mesir, beliau telah
berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan Nuruddin
Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan
digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan
bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir
Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih keran
selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan
tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan mendoakan Mulk al Saleh dalam
setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling.
Apabila Damsyik terdedah
pada serangan kaum Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria
untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat,
maka Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat
Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tiada berapa
lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah,
Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afirka yang
telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya
dalam masa yang singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah
cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk
mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh
tahun.
Sifatnya yang lemah lembut,
zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat
mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita
sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.
Setelah merasa kuat, Sultan
Shalahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang
menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan dan
problem yang dialami oleh Sultan sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang
mula-mula dijalankannya adalah mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pada
lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Shalahuddin telah menyerah kalah, lalu
mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa
orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan
menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah
membuat persiapan secukupnya.
Ternyata memang betul, baru
sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran.
Maka Sultan Shalahuddin, segera bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini
masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya
dan menyusun kekuatan yang lebih besar.
Suatu kejadian yang
mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima
Salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk
menyerang kota Suci Makkah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa
digempur mujahid Islam di laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya
balik ke Jerussalem. Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu
iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang didalamnya terdapat seorang saudara
perempuan Sultan Shalahuddin. Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya
menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan kepada
Shalahuddin.
Dengan angkuh Count
berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan
mereka?”
Seorang anggota kafilah
yang dapat meloloskan diri terus lari dan melapor kepada Sultan apa yang telah
terjadi. Sultan sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan
mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Tapi mereka
tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya
untuk menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah
pertempuran yang sangat besar di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang
Hittin.
Dalam pertempuran ini,
Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur
binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi
tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke
Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Sultan dan
mempersendakan Nabi Muhammad itu digiring ke hadapan beliau.
“Nah, bagaimana jadinya
yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup
menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap
berbagai penghinaan engkau itu?” tanya Sultan Shalahuddin.
Shalahuddin mengajak
Count agar masuk Islam, tapi dia tidak mahu. Maka dia pun dihukum bunuh kerana
telah menghina Nabi Muhammad.
Setelah melalui berbagai
peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan
Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau
mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuat penduduk di dalam kota itu
tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem
dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin.
Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.
Pada mulanya Sultan
menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak
ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada
tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak
tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk
mempertahankan kota itu. Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun
bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas
dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin
melancarkan serangan ke atas kota itu dengan anak panah dan manjanik.
Kaum Salib membalas
serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat
belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan
kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan
dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar
masuk. Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin
menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar
nyawa mereka diselamatkan.
Akan tetapi Sultan menolak
sambil berkata: “Aku tidak akan menaklukkan kota ini keculai dengan kekerasan
sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. Aku tidak akan
membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau
membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.”
Setelah usaha diplomatik
mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Sultan
dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala
cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya.
Akhirnya ketua Kristian itu
berkata: “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan
membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada
pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami.
Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang
indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami
juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada
sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan
keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang
kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga
sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian
keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?”
Setelah mendengar kata-kata
nekat dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan dan
bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang
mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama
mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar Kifarat
sebagaimana yang telah disyariatkan.
Maka berlangsunglah
penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang
tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan
kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan,
akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah,
senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum
Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka
diberi tempo selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan
Barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehinnga lewat dari waktu
itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak
sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba.
Maka pada hari Jumaat 27
Rajab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul
Maqdis. Mereka melaungkan “Allahu Akbar” dan bersyukur kehadirat Allah s.w.t.
Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki
kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan
Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut
bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat
Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan
Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan
patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat
berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama
kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah
bertindak selaku khatib atas izin Sultan Shalahuddin.
Kejatuhan Jerussalem ke
tangan kaum Muslimin telah membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan
yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Shalahuddin yang
hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang
besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula.
Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian,
Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat.
Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, Sultan Shalahuddin pulang
kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.
Pribadi Seorang Panglima
Sultan Shalahuddin
Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau
terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan
lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan
kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun
kawan.
Seorang penulis sejarah
mengatakan: “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan
kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan
keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan
dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam
dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”
Sultan Shalahuddin adalah
seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan
malam untuk Islam. Hidup nya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong,
makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga
waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau
sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan
ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan
solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap
di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu
pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur,
sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan
pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.
Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut: “Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam…….” Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.
Kain yang dibuat kafannya
adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat
sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad
meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama
pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi
dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.
Salahudin Al-Ayubi,
beliaulah yang meneladankan satu konsep dan budaya yaitu perayaan hari lahir
Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dengan sebutan maulud atau maulid, berasal
dari kata milad yang artinya tahun, bermakna seperti pada istilah ulang tahun.
Berbagai perayaan ulang tahun di kalangan/organisasi muslim sering disebut
sebagai milad atau miladiyah, meskipun maksudnya adalah ulang tahun menurut
penanggalan kalender Masehi.
No comments:
Post a Comment